Dalam pada itu perdana menteri sekali lagi menegaskan program pensasaran semula subsidi adalah bagi mengurangkan manfaatnya kepada golongan yang tidak perlu, termasuk golongan maha kaya dan warga asing.
Beliau berkata, kerajaan juga telah memutuskan untuk meluaskan asas cukai, tanpa menjejaskan kesejahteraan golongan rakyat yang memerlukan.