Hakim sebak, jatuh hukum jel 14 tahun terhadap ibu tunggal, rakan serumah dera anak

Sinar Harian 2023-11-01

Views 35

Hakim sebak, jatuh hukum jel 14 tahun terhadap ibu tunggal, rakan serumah dera anak

BERITA MOJO 1 NOVEMBER 2023

Seorang ibu tunggal dan rakan serumah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Rabu atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, pada Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Hakim VM Mabel Sheela membuat keputusan itu terhadap wanita terbabit dan Awiin Chua, selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.

Mabel Sheela sebak apabila pihak pendakwa membuat penghujahan dan tidak dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.

Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632485/berita/semasa/hakim-sebak-jatuh-hukum-jel-14-tahun-terhadap-ibu-tunggal-rakan-serumah-dera-anak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS