BAGI yang mengenali si tinggi lampai An Najwa Azizan, pasti tahu yang beliau bukan asing dalam sukan bola jaring. Bahkan, namanya cukup tersohor. Sementara seorang lagi ialah pemain dari Brunei, Nurul Ajeerah Abdullah @Wong Hui Ling

sinarplus 2023-10-24

Views 644

BAGI yang mengenali si tinggi lampai An Najwa Azizan, pasti tahu yang beliau bukan asing dalam sukan bola jaring. Bahkan, namanya cukup tersohor. Sementara seorang lagi ialah pemain dari Brunei, Nurul Ajeerah Abdullah @Wong Hui Ling.

An Najwa mewakili Johor Jewels, sementara Nurul Ajeerah berpadu tenaga dengan pemain dari Negeri Sembilan Venom.

Ya, benar, kedua-duanya sedang ligat bertarung pada Netball Super League yang sedang hangat berlangsung sekarang dan bakal menutup tirai pada 5 November ini.

Kesempatan menemui mereka baru-baru ini, kami tanyakan beberapa soalan tentang sisi peribadi masing-masing.

Bagaimana An Najwa menjaga stamina, apakah yang beliau lakukan jika tidak turun padang bermain bola jaring?

Apakah pandangan tuan punya badan tentang penglibatan pemain import dalam satu-satu pasukan?

Ketahui juga apakah perancangan atau keinginan An Najwa terutama dalam menguruskan kerjaya untuk akan datang?

Sementara Nurul Ajeerah turut berkongsi cabaran yang beliau lalui apabila menyertai liga Malaysia. Bagaimana persediaan dan juga latihan di sini berbandiang di Brunei?

Ketahui juga kenapa beliau mengambil keputusan untuk bersara selepas tamatnya NSL 2023 ini?

Jom tonton video ini bersama-sama.

Personaliti: AN NAJWA AZIZAN(@itsannajwa) & NURUL AJEERAH ABDULLAH @ WONG HUI LING (@nhui_pearldiamond_)
Teks: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)

Share This Video


Download

  
Report form
RELATED VIDEOS