Bekas mak nyah kini berubah menjadi pembuat keranda, batu nisan dan kepuk
BERITA MOJO 18 OKTOBER 2023
Seorang bekas mak nyah kini berubah menjadi pembuat keranda, batu nisan dan kepuk di Alor Mengkudu, di Kedah selepas kira-kira 15 tahun menjadi 'gadis lorong', laporan wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Menurut Muhamad Asrul Abdu Kadir atau lebih dikenali sebagai Jun berkata, dia sebelum ini terpaksa melakukan pekerjaan lama disebabkan desakan hidup di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, dia memilih pekerjaan baharu sebagai pembuat keranda, batu nisan dan kepuk sejak enam tahun lepas kerana insaf, sekaligus ingin mengumpul pahala bagi menebus kesilapan silamnya.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian