Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS), Muhammad Syarafuddin berkata kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara adalah relevan dengan permintaan industri. Jelasnya, apa yang perlu diberikan tumpuan oleh belia ialah memilih pengkhususan yang sesuai dengan perubahan masa, memandangkan ia akan menentukan hala tuju dalam kerjaya.