Pelepasan cukai, dapat balik 33% jika syarikat berwakaf dengan PWS

Sinar Harian 2023-10-06

Views 9

Pelepasan cukai, dapat balik 33% jika syarikat berwakaf dengan PWS

Syarikat-syarikat korporat digalakkan berwakaf tunai ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerusi tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) di mana mereka boleh mendapat semula 33 peratus daripada nilai wakaf tersebut.

Selain itu, jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Ustaz Anuar Hamzah Tohar, syarikat juga layak mendapat pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika mereka berwakaf dengan PWS.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live bertajuk 'Kenapa perlu berwakaf?' di semua platform media sosial Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://bitly.ws/Wyhn
Facebook: https://bitly.ws/Wyhe
Twitter: https://bitly.ws/Wyh6
Portal: https://bitly.ws/WygH

#SinarLive
#malaysiaberintegriti
#perkasakansuaramalaysia
#perbadananwakafselangor
#wakafselangor
#wakafmembangunummah

Share This Video


Download

  
Report form