[WAWANCARA EKSKLUSIF] ‘Maaf, saya bukan yes man’
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau bukanlah ‘yes man’ yang sanggup menjadi pak turut demi kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip.
Menurutnya, beliau juga berasa hipokrit jika terus senyap walaupun melihat banyak perkara yang tidak kena dengan kerajaan, terutama kes DNAA (melepas tanpa membebaskan) melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ikuti perkongsian Ahli Parlimen Muar itu tentang langkah nekadnya yang enggan bersama kerajaan perpaduan lagi dan kerja keras untuk memastikan Muda kekal relevan dalam Wawancara Eksklusif pada 24 September 2023, Ahad jam 2 petang di semua platform digital media sosial Sinar Harian.
#WawancaraEksklusif #SinarHarian #SyedSaddiq #PartiMuda