Perdana Menteri memaklumkan bahawa wujud peningkatan minat dalam kalangan komuniti pelaburan di Singapura terhadap prospek pelaburan di Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa syarikat yang berpusat di Singapura sudah berada di Malaysia, tetapi wujud peningkatan dari segi minat dan potensi pelaburan ke Malaysia.