Persediaan sambutan Hari Kebangsaan yang tidak semeriah dulu antara faktor kurangnya kesedaran dan penglibatan anak muda menghayati sejarah kemerdekaan negara. Justeru itu, menurut Felo Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti, pihak berwajib disaran menggunakan pendekatan lebih kreatif bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan belia.