Bot kehabisan minyak, tiga nelayan ditemui di Tak Bai

Sinar Harian 2023-08-21

Views 4.7K

Bot kehabisan minyak, tiga nelayan ditemui di Tak Bai

BERITA MOJO 21 OGOS 2023

Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang berjaya ditemui di Belawan, Tak Bai di Thailand pada jam 2.32 petang yang terletak 10 kilometer (km) dari perairan Malaysia pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Mangsa yang dikenali sebagai Rohimi Ahmad, Nik Muhammad Syafiqrullah Abdul Hafiz, dan Muhammad Amir Zulfikar Che Wil, dikatakan berada dalam keadaan selamat dan dipercayai bot dinaiki mereka mengalami kehabisan minyak.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata, bot mereka dipercayai telah dihanyutkan ke perairan negara jiran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274892/berita/semasa/bot-kehabisan-minyak-tiga-nelayan-ditemui-selamat-di-tak-bai

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form