Wanita hidap penyakit kulit melepuh selepas habis berpantang
BERITA SEMASA 18 OGOS 2023
Seorang wanita yang disahkan mengalami penyakit kulit kronik atau pemphigus vulgaris kini terlantar dan perlu dijaga dengan rapi kerana seluruh badannya melepuh dan berkuping. Lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Penyakit kulit yang dialami ibu kepada dua anak itu mula dikesan setelah mengalami ulser pada bahagian mulut selepas habis berpantang anak keduanya pada Mac lalu.
Tahap kesihatan Nor Aziantie Azhar, 31, semakin teruk menyebabkan dia mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 6 Mei lalu sebelum ditahan wad selama 76 hari termasuk 50 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU).
ARTIKEL BERKAITAN :
https://www.sinarharian.com.my/article/274322/edisi/terengganu/seluruh-tubuh-melepuh-seperti-terbakar
#SinarHarian #BeritaMOJO #BeritaSemasa