Keputusan PRN tak gugat kestabilan kerajaan Perak - Saarani

Sinar Harian 2023-08-16

Views 1.2K

Keputusan PRN tak gugat kestabilan kerajaan Perak - Saarani

BERITA MOJO 16 OGOS 2023

Keputusan pilihan raya di enam negeri baru-baru ini tidak langsung memberi kesan terhadap kestabilan kerajaan negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), lapor Wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad..

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu juga hanya mengekalkan kemenangan sebelum ini melibatkan Pas yang mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala BN-PH kembali menerajui Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.

Menurutnya, keputusan itu tidak menjejaskan kestabilan sama ada di negeri Perak mahupun kerajaan Persekutuan kerana pembentukan kerajaan melibatkan entiti berbeza.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274094/berita/politik/umno-perak-pertahan-zahid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form