Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata rekonsiliasi rakyat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang lalu adalah penting untuk memastikan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Jelasnya, ini bagi memastikan rakyat tidak terus memberi tekanan kepada ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh mengganggu fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik.