Rogol dua anak kandung, bapa dipenjara 702 tahun, 234 sebatan
BERITA MOJO 14 OGOS 2023
Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan di Mahkamah Sesyen Muar pada Isnin, atas 19 pertuduhan merogol dan 11 tuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pekerja pembersihan berusia 53 tahun itu, mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat sewaktu pendakwaan pada 16 Julai, di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12 tahun di dua buah rumah berbeza, di sini sejak tahun 2017 dan kali terakhir pada Julai tahun ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273708/berita/semasa/bapa-rogol-amang-seksual-dua-anak-dipenjara-702-tahun-234-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian