Parti Pheu Thai yang memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Pilihan Raya Umum Thailand, mengumumkan pakatan terdiri daripada tujuh parti termasuk parti Bhumjaithai, dalam usaha memecahkan kebuntuan untuk membentuk kerajaan.
Enam parti baharu yang menyertai pakatan itu ialah parti Prachachat yang memenangi sembilan kerusi, parti Chart Pattana Kla (dua kerusi), parti Pue Thai Rumphlang (dua kerusi), parti Liberal Thai, parti Plung Sungkom Mai dan Party Of The Thai Countries (masing-masing satu kerusi).