Jepun belum tentukan tarikh pelepasan air Fukushima

AWANI 2023-08-07

Views 144

Jepun masih belum menentukan tarikh untuk melepaskan air radioaktif terawat dari Fukushima, iaitu loji janakuasa yang terjejas akibat tsunami.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang mendakwa, pelepasan air Fukushima mungkin bermula penghujung Ogos susulan pertemuan antara PM Jepun Fumio Kishida dan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yoon Suk Yeol serta Presiden Joe Biden.

Share This Video


Download

  
Report form