[TERKINI] 40 kawasan dekat Gombak alami gangguan air

AWANI 2023-08-04

Views 232

Air Selangor memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan injap di Jalan Kuching, Gombak disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kejadian injap pecah.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 40 kawasan di Wilayah Gombak bermula jam 7:30 pagi, 4 Ogos 2023 (Jumaat).

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 2:00 petang, pada hari yang sama.

Share This Video


Download

  
Report form