Kes bunuh jiran: Warga emas dijatuhkan hukuman 38 tahun
BERITA MOJO 26 JULAI 2023
Seorang lelaki warga emas terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama 38 tahun setelah didapati bersalah membunuh jirannya tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Shaharudin Zakaria pada akhir kes pembelaan.
Dia diperintah menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapan iaitu 4 Mei 2020.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/270149/berita/semasa/bunuh-jiran-warga-emas-dipenjara-38-tahun
#BeritaMojo #SinarHarian