Zeti Akhtar hadir dalam kes 1MDB sebagai saksi pendakwaan

Sinar Harian 2023-07-26

Views 4

Zeti Akhtar hadir dalam kes 1MDB sebagai saksi pendakwaan

BERITA MOJO 26 JULAI 2023

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, dipercayai sebagai saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Zeti tiba di pekarangan mahkamah diiringi beberapa pegawai pada jam 1.55 petang dan mengikut prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270152/berita/semasa/zeti-aziz-hadir-dalam-kes-1mdb

#SinarHarian #BeritaMojo

Share This Video


Download

  
Report form