Annuar Musa menafikan wujud usaha mengharamkan UMNO

Sinar Harian 2023-07-17

Views 19.9K

BERITA SEMASA 17 JULAI 2023

Tan Sri Annuar Musa menafikan wujud usaha mengharamkan UMNO ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 2018 yang mana beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO pada masa itu.

Annuar juga mendakwa Dr Mahathir dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohamad turut menafikan wujud rancangan mengharamkan UMNO, ketika beliau bertanyakan perkara itu kepada mereka berdua.

Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa hal ehwal kerajaan tidak pernah dibincangkan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Share This Video


Download

  
Report form