Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata ASEAN semua barisan pemimpin lain melihat krisis yang berlaku di Myanmar dari semua aspek dan mahu menunjukkan bahawa ASEAN komited untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya.
Menurut Zambry, antara perkara penting yang dibincangkan termasuk bantuan-bantuan kemanusiaan. Ia amat mustahak dan perlu diselesaikan oleh negara-negara membantu Myanmar.