Suami isteri risau kepala bayi membesar, wajah berubah
BERITA MOJO 12 JULAI 2023
Pasangan suami isteri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor di Kota Bharu sudah setahun lebih tidak dapat tidur nyenyak setiap kali memikirkan keadaan anak bongsu yang menghidap sindrom Pfeiffer, lapor Wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Penyakit itu menyebabkan Muhammad Azril Azhar yang berusia setahun mengalami situasi kepala membesar serta perubahan pada bentuk wajahnya.
Azhar Che Amat dan isteri, Maznah Omar terpaksa ‘tidur-tidur ayam’ kerana bimbang jika anak bongsu daripada tiga beradik itu tersedar dan menangis, ia menyebabkan biji matanya terkeluar.
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaMojo