Terengganu aktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong
BERITA SEMASA 23 JUN 2023
Kerajaan negeri akan mengaktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong susulan tragedi kepala air yang menimpa 10 mangsa di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, langkah itu perlu segera diambil bagi memastikan pengunjung yang datang ke Terengganu lebih peka terhadap isu berkaitan keselamatan.
Menurutnya, langkah keselamatan seperti memasang papan tanda amaran perlu diberi tumpuan di kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko berlaku kejadian kepala air.
Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga dan bertemu bapa mangsa, Eiyi Johari, 60, di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, pada Isnin.
Artikel: https://go.sinar.la/3XzNtFS
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian