ADUN Pas beri keterangan isu fitnah Teresa Kok

Sinar Harian 2023-06-27

Views 5

ADUN Pas beri keterangan isu fitnah Teresa Kok

BERITA SEMASA 27 JUN 2023

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya selesai memberi keterangan kepada polis berhubung fitnah pelantikan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Ketika ditemui, wakil rakyat Pas berusia 44 tahun itu berkata, keterangan mereka diambil berhubung dua hantaran di Facebook iaitu berkaitan lantikan Teresa dalam Felda dan Tiga Amanat Buat Pejuang Islam daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/265554/berita/semasa/fitnah-teresa-adun-kubu-gajah-beri-keterangan-tiga-jam

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form