Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik semula lesen dan permit perniagaan yang disalah guna dan diberikan kepada warga asing.
Hadir berucap di Program Temu Mesra Penjaja Madani di Kuala Lumpur, beliau menegaskan kerjasama rentas agensi akan dilaksanakan secepat mungkin dalam memastikan kesejahteraan golongan penjaja terjamin.