BERITA SEMASA 13 JUN 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, kementerian tidak akan berkompromi sekiranya ada pihak cuba berkomplot dengan harga gula di pasaran.
Tegasnya, pengilang, pemborong atau peruncit yang berkomplot tentang harga gula akan berdepan saman atau diheret ke mahkamah.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong tentang isu harga gula di Dewan Rayat pada Selasa.