[SINAR LIVE] Cerita-cerita PAU yang ingin kita dengar
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 merupakan detik penting bagi parti itu untuk kembali bangkit selepas mencatat prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tahun lalu.
Walaupun berada dalam blok kerajaan hasil persepakatan dengan Pakatan Harapan dan parti-parti lain, UMNO dilihat perlu merebut kembali kepercayaan ahli-ahli dan rakyat Malaysia keseluruhannya demi memastikan ia terus menjadi kuasa besar politik negara.
Mampukah PAU ini jadi medan kebangkitan UMNO? Dapatkah ia kembali kuat seperti dulu? Selesakah ia dalam kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan?
Saksikan kupasan isu ini dalam Sinar Live, "Cerita-cerita PAU yang ingin kita dengar" pada jam 2 petang bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Asyraf Zainal secara langsung dari WTC, Kuala Lumpur.
Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!
Youtube: https://www.youtube.com/live/4p6VjfSvJ-Y?feature=share
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/630065355736744
Portal: www.sinarharian.com.my
Tiktok: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline/live
#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia