BERITA SEMASA 8 JUN 2023
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendesak agar Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mempertimbangkan supaya isu LCS dibincangkan di Kamar Khas.
Beliau berharap agar Speaker Dewan Rakyat tidak memilih bulu dalam membahaskan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat tidak kira dalam kerajaan ataupun pembangkang.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengingatkan Syed Saddiq supaya membuat rayuan mengikut peraturan sedia ada.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian