LKAN: Pembangkang mahu usul diterima tanpa dibahas
BERITA SEMASA 6 JUN 2023
Dewan Rakyat sekali lagi kecoh selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertelagah mengenai perbahasan terbuka Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Pembangkang berdiri dan mahu usul itu diterima tanpa dibahaskan sebagai tanda setuju.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendakwa PN tidak berani untuk membahas perkara tersebut di Dewan Rakyat.
#DewanRakyat #SinarHarian