Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU), Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata dakwaan yang menyatakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan rokok dan cukai rokok akan menyebabkan kenaikan kadar penyeludupan rokok adalah tidak benar sama sekali. Katanya isu penyeludupan ialah isu yang perlu ditangani secara menyeluruh.