Pemandu lori tidak mengaku salah bantu pindah barang curi
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gemas, Negeri Sembilan pada Khamis atas pertuduhan membantu memindahkan barang curi, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Tertuduh P. Ganggu Naidu, 51 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Berdasarkan pertuduhan,tertuduh dengan sengaja telah menolong memindahkan harta yang tertuduh ada sebab mempercayai sebagai harta curi iaitu penghawa dingin.
Perbuatan itu dilakukan di Pusat Perniagaan Mewah, Gemas pada 12 Mei lepas jam lebih kurang 5.35 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261267/berita/semasa/pemandu-lori-didenda-rm6000-bantu-pindah-barang-curi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa