'Malaysia perlu Menteri Kewangan kompeten, sepenuh masa' - Syahir

Sinar Harian 2023-06-01

Views 3

BERITA SEMASA 1 JUN 2023

Kejatuhan Ringgit dan ketidaktentuan ekonomi menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan untuk mengubah keadaan, kata Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Menurutnya, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah menaikkan OPR namun rakyat masih menanti strategi daripada Perdana Menteri atau Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk tangani isu tersebut.

Tegasnya, penjelasan awam perlu ditingkatkan supaya rakyat faham situasi getir yang sedang dihadapi susulan nilai ringgit jatuh, import mahal, kos bahan meningkat dan harga barang juga meningkat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #MPPas #MenteriKewangan #Ekonomi #WangRinggit

Share This Video


Download

  
Report form