Ketidakstabilan politik jejas prestasi atlet - Hannah Yeoh

AWANI 2023-05-25

Views 6

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan pendiriannya bahawa ketidakstabilan politik negara sejak empat tahun lalu menjadi salah satu faktor yang menjejaskan prestasi sukan negara, termasuk di Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Mengemukakan fakta di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Segambut itu berkata, dalam tempoh tersebut, berlaku tiga pertukaran Perdana Menteri dan Menteri yang menyebabkan perubahan bajet, ahli lembaga pengarah serta fokus.

Share This Video


Download

  
Report form