Empat penyokong Perak didenda RM2,000

Sinar Harian 2023-05-23

Views 66.7K

Empat penyokong Perak didenda RM2,000

BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Tiga lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Selasa selepas mengaku salah atas pertuduhan merusuh ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh, Muhammad Aiman Firdaus Badrul Hisam, Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, dan Muhammad Hayyan Sufi Mohd Sabri, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Dalam prosiding di mahkamah sama, seorang remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun 8 bulan turut mengaku bersalah bagi pertuduhan sama.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dalam kalangan ibu bapa atau penjaga.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259839/berita/semasa/empat-penyokong-perak-didakwa-merusuh-di-stadium

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form