Kerajaan sedar kelemahan RFID - Timbalan Menteri Kerja Raya

AWANI 2023-05-23

Views 1

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bagi mengatasi masalah ini pihak Kemneterian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah meminta syarikat pengendali lebuhraya untuk membuat pelarasan lebih kerap di lorong-lorong RFID supaya kecekapan dapat dipertingkatkan.

Di samping itu hebahan kepada pengguna supaya mempunyai baki yang mencukupi ketika melalui plaza tol turut dilakukan.

Beliau juga menyarankan pengguna supaya lebih peka dan bersedia menyemak baki e-wallet sebelum memulakan perjalaan bagi memastikan tiada gangguan semasa melakukan transasi bayaran tol.

#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Share This Video


Download

  
Report form