Tenang selepas memeluk Islam
BERITA SEMASA 22 MEI 2023
Seorang guru tuisyen yang bergelar ibu tunggal mengakui kehidupannya berubah kepada lebih tenang dan bertambah baik sejak memeluk Islam hampir lima tahun lalu berbanding dahulu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.
Lew Yen Fun atau Nur Atiqah Lew Lew Fut Nean, 56, turut menjelaskan tiada paksaan untuknya bertukar agama namun lebih kepada ingin mengenali ALLAH SWT dan kehidupan selepas kematian.
"Saya terdetik untuk masuk Islam apabila perasaan takut membuak-buak setiap kali adanya berita kematian dan saya selalu tertanya-tanya kalau saya mati saya ke mana, apa akan berlaku. Pada masa itu terlalu banyak persoalan tentang kematian yang membuatkan saya sangat takut.
"Saya cuba cari kebenaran dan jawapan terhadap pelbagai persoalan dalam setiap agama tetapi yang saya dapat jawapannya dalam Islam," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pusat tuisyennya di Bandar IOI, Bahau, Jempol Negeri Sembilan pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259715/edisi/melaka-ns/hidup-lebih-tenang-selepas-peluk-islam---nur-atiqah
Muzik: Summer dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa