Perikatan Nasional mengekalkan formula Pilihan Raya Umum ke-15 lalu dalam penggunaan logo di enam negeri yang bakal terlibat dengan Pilihan Raya Negeri.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menggunakan logo PN, manakala negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu terus kekal menggunakan simbol bulan.
Bagaimanapun katanya, secara dasar perbezaan penggunaan logo itu hanya terpakai ketika pilihan raya.