Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi kenyataan memaklumkan, isu penggunaan kalimah Allah hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Dalam hal ini, Azalina yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat.