Dua beradik maut selepas dipercayai terperangkap dalam kediaman mereka yang terbakar di Kampung Mentuan Sering, Kota Bharu, Kelantan, Jumaat malam. Mangsa Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31 dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22, yang juga penghidap 'Sindrom Down' ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam keadaan rentung.