KPDN tidak puas hati dengan alasan syarikat gula
BERITA SEMASA 8 MEI 2023
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) tidak berpuas hati syarikat pengeluar gula yang memberi alasan cuti raya punca kekurangan bekalan itu di negeri Pantai Timur baru-baru ini, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, masalah itu tidak wajar berlaku dan perlu diuruskan dengan serius oleh industri.
#BeritaSemasa #SinarHarian