Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal memanggil pengurusan platform META bagi membincangkan isu penipuan dalam talian yang dilihat masih berleluasa sehingga kini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap isu ini dan berhasrat untuk memerangi isu scammer di media sosial dalam masa terdekat.
Beliau berkata kepada media ketika ditemui di Program Ramah Mesra bersama Pengguna Media Sosial di Kuala Lumpur pada Sabtu.