Isu-isu penting dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan oleh Sarawak tidak menggugat perpaduan dan persefahaman di kalangan pemimpin dalam kerajaan. ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, menyatakan bahawa Sarawak bertindak secara rasional dalam setiap tuntutan dengan menghormati perlembagaan yang ada.