PRN: Keputusan pembahagian kerusi BN, PH selepas DUN bubar
BERITA SEMASA 30 APRIL 2023
Pembahagian kerusi BN dan PH bagi menghadapi PRN di enam buah negeri akan ditentukan selepas DUN dibubarkan, lapor wartawan Sinar Harian Norafidah Assan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini pihaknya lebih memberi fokus terhadap gerak kerja dan strategi untuk memenangi kerusi di negeri-negeri terlibat PRN tersebut.
Malah jelasnya, keputusan pembahagian kerusi itu hanya diputuskan diperingkat pusat blok BN dan PH dan proses rundingan kerusi sedang berjalan di peringkat negeri-negeri terlibat.
Artikel: https://bit.ly/44fRrGx
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian