Saya akan pertahan semua MP BN, terus sokong Anwar - Zahid
BERITA SEMASA 29 APRIL 2023
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut beliau, selagi dirinya memegang jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, kesemua 30 Ahli Parlimen BN akan terus memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate, di Alor Setar, pada Jumaat.
Artikel: https://bit.ly/3Hq7A2t
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa