Proses perbincangan agihan kerusi antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada sebarang kesulitan yang berlaku setakat ini dan proses juga berlangsung mengikut jadual bagi negeri yang terlibat.