Empat rumah hangus malam raya kedua

Sinar Harian 2023-04-24

Views 12.9K

BERITA SEMASA 24 APRIL 2023

Kemeriahan Syawal bagi empat keluarga di Kampung Seri Bunian, di Pontian, Johor bertukar suram selepas empat rumah yang disewa mereka musnah terbakar pada malam raya kedua, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketika kejadian kira-kira 11 malam pada Ahad itu, semua penghuni rumah terbabit sedang tidur sebelum seorang daripada mereka terjaga selepas melihat api di bahagian dapur rumah.

Mangsa, Nur Suhaila Mohd Hapiz, 13, berkata, ibunya Aminah Borhan, 44, menyedari kejadian itu dan bertindak mengejutkan anak-anak dan jiran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/255644/berita/semasa/empat-rumah-hangus-dijilat-api-pada-malam-raya-kedua

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form