Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kemeriahan mantai semakin dirasai khususnya buat penduduk di Negeri Sembilan menerusi aktiviti melapah dan menjual daging yang merupakan tradisi masyarakat di negeri itu.
Seawal jam 6.30 pagi, orang ramai dilihat memenuhi ruangan tapak program jualan Mantai Syawal Madani yang disediakan oleh FAMA.