Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan sekeras-kerasnya spekulasi yang tersebar melalui Whatsapp mendakwa tentang krisis tunai dihadapi oleh KWSP, serta ketidakcukupan wang untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.
Menerusi kenyataan, KWSP menegaskan sentiasa mengekalkan kecairan yang mencukupi untuk memenuhi semua komitmennya.