Dua beranak trauma kenderaan kerap rempuh rumah

Sinar Harian 2023-04-10

Views 47.2K

Dua beranak trauma kenderaan kerap rempuh rumah

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Dua beranak masih trauma dan ketakutan selepas kejadian sebuah lori treler terbabas serta merempuh kediaman mereka dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri, Johor pada petang Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Nurul Hassan berkata, dia dan ibunya Rusilah Jaafar cuma bernasib baik kerana ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, kebetulan mereka tiada di rumah kerana ke bazar Ramadan untuk membeli makanan berbuka puasa.

Menurutnya, insiden seperti itu mendatangkan risau kepadanya lantaran kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori yang terbabas kerap merempuh kediaman itu yang terletak bersebelahan selekoh jalan Kampung Ulu Pulai.

Artikel: https://go.sinar.la/3UlbiQi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form