Laporan berhubung pelanggaran kod etika hakim membabitkan Datuk Mohd Nazlan Ghazali sudah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada Februari lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pelanggaran itu dikenal pasti menerusi kesimpulan dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).